
Wujud segolongan ulama Islam yang selalu berhujah bahawa agama Islam terpisah sama sekali dari politik. Islam adalah wahyu sedangkan politik adalah kejahatan, propaganda dan permainan manusia. Bagi mereka, mencampurkan Islam dengan politik merupakan perbuatan memburukkan kesucian agama Islam contohnya, kelakuan orang yang menggunakan dalil al-Quran untuk menjastifikasikan agenda politik mereka. Maka Islam dan politik seharusnya terpisah!
Kesan fakta ini turut mempengaruhi “mind setting” sebilangan masyarakat kampus yang “elergi” dengan suasana menjelangnya pilihanraya kampus yang penuh dengan pemainan politik. Perasaan ini diperkukuh dengan suasana politik tahah air yang dikatakan cukup sensitif. Perlu berhati-hati apabila berbicara tentang politik jika tidak mahu ditangkap pihak penguasa. Realiti ini menyebabkan penyelewengan kuasa politik dan pertelingkahan di antara parti politik dan gerakan mahasiswa adalah lumrah dalam berpolitik. Artikel ini hadir untuk menjawab pertanyaan adakah benar Islam terpisah dari politik? Dan, apakah perspektif politik yang sepatutnya difahami oleh kita semua? (read more)










0 komentar:
Posting Komentar